Wednesday 21 March 2012

Remaja Disebalik Tamadun Islam

Salam semua :)


Hari ini ingin kami membincangkan sedikit maklumat mengenai  "REMAJA DISEBALIK TAMADUN ISLAM". Jum bace entry di bawah ini...jika ada komen dan pendapat jangan segan silu untuk komen. ^^ 




Remaja Berwawasan Unggul
Generasi muda kini masih dibelenggu dengan krisis kurangnya budaya keilmuan dan keintelektualan yang merupakan asas kepada kemajuan dan pembangunan sesuatu tamadun.

Kejayaan tamadun-tamadun silam yang berjaya mempengaruhi dunia hingga hari ini ialah sebuah tamadun yang mampu menghasilkan idea, tulisan, ciptaan dan peloporan dalam sesuatu perkara baru hasil tercetusnya perkembangan ilmu dan dan intelektual.

Tamadun Yunani, China, India, Bizantin, Rom, Parsi, Mesir dan sebagainya terselah di sebalik tabir pembangunan sebuah sejarah tamadun kerana ketrampilan mereka memajukan produk seperti ilmu,dan idea-idea yang sihat. Apatah lagi Tamadun Islam amat gemilang sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

Apabila kita memperhatikan secara lebih dekat mengikut kaca mata hati akan senario generasi muda kini yang ramai mempunyai Ijazah,Diploma,sijil-sijil kemahiran dan sebagainya tetapi tidak berupaya untuk memanfaatkan ilmu-ilmu yang diperolehi di menara gading untuk dikembangkan dengan menggunakan kreativiti dan inovasi di dalam diri. Ramai graduan-graduan yang menganggur gagal memanfaatkan potensi dan bakat pada diri untuk menciptakan peluang-peluang pekerjaan yang baru selain mengharapkan pekerjaan mengikut kelayakan yang tercatat pada sijil semata-mata. Manakala bagi mereka yang sudah berada di alam pekerjaan pun,wujud diantara mereka masih terbelenggu dengan cara kerja lama yang tiada produktaviti dan tidak pro-aktif kerana kurangnya daya kreativiti,inovasi dan keadah mengolah ilmu-ilmu yang telah dipelajari agar sesuai dengan keadaan realiti semasa.

Fenomena kegersangan asas keilmuan,kreativiti dan keintelektualan ini khususnya kepada generasi muda akan menyebabkan kelesuan daya fikir yang akhirnya menyebabkan kegagalan untuk memahami realiti semasa dalam masyarakat kini. Akibatnya lahirlah program-program pembangunan,projek-projek dan aktiviti-aktiviti meliputi soal ekonomi,politik dan sosial yang gagal mengubati ‘simptom’ sebenar yang menjadi puncanya .Banyak tenaga,wang dan keringat dihabiskan tetapi tiada kesan serta impak disebabkan ketiadaan penyelidikan,kajian dan meneliti punca pada lahirnya sesuatu masalah.

Tanpa pengukuhan ilmu yang utuh umat Islam akan menjadi lemah dan terus dijajah walaupun telah mencapai kemerdekaan kerana wujudnya penyakit yang dinyatakan oleh Malek Binnabi sebagai penyakit ‘colonsibilite’ yang bermaksud,suka merelakan diri diperhambakan lantaran daripada jiwa yang lemah.Penyakit ini akan menyebabkan para remaja khususnya dan masyarakat amnya terus dibelenggu dan dijajah hebat akibat lemah dari aspek pendidikan,keilmuan,pembangunan dan sebagainya. 
Allah Taala berfirman;
“Bacalah dengan nama Tuhamnu yang menciptakan.Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Mulia.Yang mengajar dengan mata pena.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
el ‘Alaq (96:1-5)

Ilmu dan segala proses kearah pembinaannya adalah berpaksikan Tauhid. Pembinaan ilmu dalam konteks ini adalah ilmu yang sepadu dan menjurus kepada pembinaan tiga fakulti yang tersedia wujud dalam diri manusia iaitu akal,roh dan jasad. Ilmu bukan sekadar mendapat maklumat tetapi kemampuan untuk membudayakan dan memanfaatkannya.Natijah dan hasil dari pembangunan dimensi keilmuan ini akan membawa kepada peningkatan intelektualisme,pemikiran kritis,pembangunan akhlak dan budaya hidup yang akan menjadi cermin serta wadah untuk melahirkan generasi yang mampu membina “Tamadun Khairul Ummah”
Nabi bersabda;
"Menuntut ilmu menjadi suatu kewajipan kepada setiap muslim dan muslimah"
(Hadith riwayat Muslim)

Pencarian ilmu tidak terbatas kepada membaca dalam skop kursus tertentu,bidang akademik tertentu atau di atas faktor orientasi peperiksaan (exam oriented) .Tetapi ianya perlu diperluaskan kepada pelbagai disiplin keilmuan.Tidak semestinya seorang Jurutera atau Akautan,tidak mampu atau tidak boleh menjadi pendakwah dan mendalami ilmu-ilmu agama.Kita sepatutnya wajar menjadikan para ulama’ dan cendikiawan Islam yang terangung seperti Ibn Sina.Ibn Rusyd,el Khawarizmi,Ibn Khaldun dan ramai lagi,bekerja keras mencapai kejayaan dalam pelbagai lapangan disamping mempunyai asas ilmu-ilmu agama yang kukuh.Mereka tidak menjadikan alasan dengan status sebagai seorang yang belajar ilmu agama untuk gagal dan tidak mahu mencuba mencetuskan idea baru dalam ilmu moden,dan sehingga kini banyak karya-karya mereka menjadi rujukan antarabangsa. 

Sumbangan Generasi Muda Pada Tamadun 

Agenda membina tamadun sepatutnya menjadi agenda asasi bagi semua peringkat dan generasi belia.Ini kerana sejarah banyak mencatatkan kesan-kesan yang hebat hasil dari gerak gempur generasi ini dalam pembinaan tamadun manusia di seluruh dunia,baik dari sudut pemikiran,reformasi akidah,budaya dan adat,bahkan yang berbentuk binaan dan kesan teknologi umat-umat terdahulu.
Sejarah Islam sahaja sudah cukup memaparkan sumbangan generasi ini untuk tontonan manusia sejagat,bermula dari kisah Habil anak Nabi Adam as yang memaparkan nilai-nilai ikhlas dan jujur dalam berkorban hinggakan dirinya menjadi korban saudaranya sendiri. Kisah Nabi Ibrahim ketika berumur belasan tahun,bersendirian mengajak kaumnya yang menyembah dan bertuhankan matahari,bulan,bintang kepada akidah tauhid melalui mantik akal,dan mengajak mereka secara berhikmah dengan membuka minda mereka supaya berfikir dengan kesedaran sendiri bilamana patung-patung yang mereka sanjungi sejak turun menurun sebagai tuhan yang tidak bernyawa hancur menjadi debu-debu berterbangan di ruang angkasa tanpa dapat berbuat apa-apa.Pada zaman Nabi Muhammad saw,hampir 95% dari pendokong tamadun Islam yang dibawa oleh Nabi saw dipelopori oleh golongan muda mudi.Mereka inilah yang setia berdiri di belakang panji-panji perjuangan Islam sehinggakan nabi berjaya membawa kegemilangan Islam di tanah arab pada masa itu,hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi dari golongan muda.Lihat sahajalah nama-nama besar seperti Ali bin Abi Thalib,Zubair bin Awwam,Saad bin Abi Waqqas,Usamah bin Zaid,Bilal bin Rabbah,Ammar bin Yasir,Aisyah binti Abu Bakar,Asma’ binti Abu Bakar,Hafsah binti Umar,Fatimah binti Muhammad(anak baginda),Khaulah binti Tha’labah dan ramai lagi baik secara langsung mahupun sebaliknya dalam menjayakan visi dan misi agung serta amanah daripada Allah Taala. 
Terima kasih sudi membaca... :D

1 comment:

  1. memetik dari nukilan saudari mmg 'ramai mempunyai Ijazah,Diploma,sijil-sijil kemahiran dan sebagainya tetapi tidak berupaya untuk memanfaatkan ilmu-ilmu yang diperolehi di menara gading untuk dikembangkan dengan menggunakan kreativiti dan inovasi di dalam diri' dimanakah silapnya hingga terjadinya fenomena remaja manja spt ini.. diharap saudari dpt memberi pendapat dari sudut perspektif remaja itu sendiri kerana setiap ibubapa akan berusaha utk memberi yg terbaik utk anak anak, akan tetapi bila menempuh alam remaja pilihan utk berjaya atau tidak merupakan pilihan masing masing. perkara ini amat saya bimbang kerana saya juga mempunyai anak yg akan menempuh alam remaja. Namun pendapat saya secara peribadi pengetahuan Agama itu sendiri merupakan asas yg amat penting dan masyarakat tidak seharusnya bergantung hanya kepada pihak sekolah sepenuhnya dalam hal didikan agama...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...