Sunday 27 May 2012

"HIJAB ERRORS"

assalamualaikum and hello everyone.. today our group would to share some current issue about 'HIJAB'
thank you for reading..=)

Saturday 24 March 2012

Prinsip-prinsip Tamadun Islam Dan Tamadun Barat

Salam..

hari ni entri pendek ja..hanya nak tunjuk mengenai Prinsip-prinsip Tamadun Islam Dan Tamadun Barat..sila klik pada gambar untuk nampak dengan lebih jelas..terima kasih..


Thursday 22 March 2012

Al-Khawarizmi Ahli Matematik Teragung

Salam semua :)

Hari nie kami nak bercerita pula mengenai Tokoh Matematik yang teragung di dunia. Anda semua mesti pernah dengar tentang tokoh Al Khawarizmi kan? Siapa tidak pernah dengar sila angkat tangan sekarang! "CIKGU" nak mengajar hari ini haha..okeh bagi yang kenal dan ingat Al Khawarizmi apa kata kali ini, anda semua ingat kembali apakah sumbangan beliau kepada dunia matematik sehingga ke hari ni..
Okeh murid-murid dan pelajar-pelajar sekalian, sila baca di bawah :D

Sebelum itu...
Kepada mereka yang belum pernah melihat wajah beliau, boleh rujuk di bawah yer..Jum usha!


Gambar ini hanya ilustrasi je tau..Setakat ini kami belum pernahla jumpa gambar sebenar beliau.
maklum la kami lahir dan tinggal di zaman alaf baru..hehe

p/s : kalau anda pernah tengok gambar sebenar Al Khawarizmi (dapat jumpa Al Khawarizmi,lagi bagus) jangan lupa habaq kami naa...opss dah terkeluar loghat kedah..maafla ye..hehe *sila abaikan :D

Okeh kita kembali semula kepada topik perbincangan kita.. ^_^

Dalam dunia matematik, Al-Khawarizmi lebih dikenali dengan nama Bapa Algebra.

Nama sebenar Bapa Algebra ini ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Selain itu, beliau turut dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Walaubagaimanapun, orang Barat mengenalinya dengan nama al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa nama lain lagi. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui, tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada pendapat lain menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi.

Dalam kalangan ahli sains, beliau lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik. Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

Gelaran Al Khawarizmi diberikan kepada beliau bersempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral. Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm, yang kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir.

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tetapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al-Khawarizmi merupakan guru aljabar di Eropah. Beliau merupakan ahli matematik teragung dan jasanya terhadap dunia Matematik sangat besar. Beliau merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas Matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x – 8 = 0). Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.

Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Seterusnya, beliau turut membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine. Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep pembezaan. Beliau juga turut bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi yang mana beliau turut menulis buku mengenainya. Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.

Buat pengetahuan semua, Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia. Subhanallah…alangkah hebatnya sarjana Islam ini kan..? :D

Haa hebat kan tokoh Al Khawarizmi ni? Jika diberi peluang kami pun nak jadi macam beliau..dapat mencipta simbol-simbol matematik..mesti seronok kan haha..cuba anda fikir jika tokoh ini tidak wujud, sudah pasti kita tidak mengenali ape itu matematik dan apatah lagi mahu menyelesaikan masalah-masalah dalam matematik kan..Selain itu, bukan setakat matematik tetapi beliau juga saintis pertama yang melakar peta dunia..masyaALLAH lagi hebat kan! Bayangkan la jika tokoh ini tidak melakar peta dunia..sudah pasti kita tidak mengenali dan mengetahui apakah nama negara kita, kita tinggal di mana bukan? Jadi kita patut bersyukur dengan nikmat tuhan kerana telah melahirkan tokoh terunggul ini buat kita semua.. :)

Sekian, kepada pembaca-pembaca yang comel..terima kasih sudi membaca..jumpa lagi post akan datang ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...